Sewaktu Aku memandang wajah pelajar itu, masih terngiang-ngiang luahan ibu di corong telingaku, “Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikkan untuk mendapatkan wang”. Kata kata itu dilafaz sewaktu aku dan kakak sulungku serentak berjaya melangkah kaki ke Universiti.
Hari ini, Aku benar-benar mengakui kata-kata ibu, anak gadis itu menjadi bukti kata-kata ibu. Dulu,aku menganggap kata-kata itu keluhan semata-mata, tetapi hari ini Aku benar benar menyakini hal itu.
Di pagi hari, Faizah berjumpa dengan Ku bagi menyampaikan pesanan ayahnya….
Faizah :Maaf cikgu…saya masih belum dapat bayar yuran, ayah sampaikan salam dan dia minta tangguhkan bayaran hingga ke bulan hadapan.
Cikgu Azmi :Faizah, sepatutnya tarikh akhir bayarannya adalah seminggu lagi.Saya sepatutnya menyerahkan yuran SPM ini pada akhir minggu ni. Baiklah,awak balik dahulu, saya akan usahakan nanti,tapi…….. sebelum itu,besok pagi tolong cikgu ya,kamu ambil buku-buku latihan kelas kamu ini.
Sesudah sahaja Faizah berlalu pergi, Cikgu Hilwana menghampiriku, setiap kali ada pelajar perempuan yang datang berbual dengan ku, pastilah dia tidak segan silu bertandang ke mejaku. Adakah wanita itu cemburu melihat kemesraanku dengan pelajar perempuan? Atau yang lebih tepat adakah wanita itu menaruh hati padaku?
Cikgu Hilwana : Mengapa? Faizah? Oh….tidaklah, saya sudah mengajar si Faizah tu sejak tingkatan 2 lagi, dan dia memang mengalami masalah kewangan , waktu PMR dulu. Saya cadangkan duit saya, tapi dia keras menolak, katanya, ayah melarang menerima duit orang. Tengahari dah ni cikgu, jom pergi makan.
Tanpa banyak bicara, kami berlalu ke kantin.
Keesokkannya, Aku teringat arahan yang menyuruh Faizah mengambil buku-buku latihan kelasnya, dengan itu Aku terus memasukkan duit didalam sampul surat dan menyelitkannya ke dalam buku latihan Faizah, Sewaktu berbuat demikian, kata kata ibu terngiang-ngiang di telingaku. “Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikkan untuk mendapatkan wang”.seperti yang dijanjikan, Faizah datang dan mengambil buku tersebut dan berlalu. Sesudah Faizah berlalu, Cikgu Hilwana kemeja Ku.
Cikgu Hilwana :Macam mana? Faizah sudah membayar yurannya? Kalau sudah tidak mampu, elok berhenti sekolah sajalah. Orang macam dia tu, bukan payah sangat nak cari kerja. Rupa ada. Lebih elok kahwinkan saja.
Aku terdiam, kata kata Cikgu Hilwana itu bagaikan petir yang membelah bumi, aku bangun lalu merapati dirinya
Cikgu Azmi :Kalau golongan pendidik macam kita pun beranggapan begitu, alahai, macam manalah masyarakat kita hendak berubah
Sindiran itu terkesan di dalam hati Cikgu Hilwana, dan berlalu pergi meninggalkan aku sendirian
Pagi itu, lewat daripada yang aku jangkakan, sewaktu aku sampai ke bilik guru, Faizah sudah tercegat menantiku. Aku tidak menghiraukannya, terus masuk dan duduk. Faizah mendekati mejaku. Perlahan-lahan, dia meletakkan sampul surat. Dia memulangkan duit pemberianku.
Faizah :"Cikgu….ayah sampaikan ucapan terima kasih. Ayah pohon maaf kerana tidak dapat menyediakan bayaran. Ayah kata lebih baik saya berhenti daripada terhutang budi." Maaf cikgu saya terpaksa pergi
Cikgu Azmi : Faizah!!!!nanti,saya perlu berjumpa dengan ayah kamu
Faizah :Tak perlu cikgu,tak perlu cikgu, saya sudah menghantar surat berhenti sekolah, saya hanya datang untuk mengucapkan terima kasih atas kebaikan cikgu selama ini.
Faizah terus berlalu dan ketika itu aku bangkit sehingga kerusi terdorong kebelakang dan terjatuh, Guru-guru yang lain terkejut dengan drama pagi itu. Masing-masing melontarkan pandangan ke arah aku. Cikgu Hilwana juga memandangku tajam. Aku tidak tahu maksud pandangan itu, cemburu atau mengejek atau barangkali simpati?
Hari itu, aku gagal mengesan Faizah, benarlah dia sudah berhenti sekolah. Aku berjumpa dengan pengetua. Dia sendiri gagal untuk memujuk Faizah. Namun, aku merasakan pengetua sendiri tak ikhlas memujuk Faizah. Yang penting Faizah belum mendaftar SPM dan apa-apa terjadi, keputusan SPM sekolah tidak akan terjejas.
Malam yang dijanjikan, setelah berjaya memujuk Cikgu Hilwana, kami pegi ke rumah Faizah kerana kawan-kawanya yang lain tidak mengetahui di mana rumah Faizah. Rumah itu bukanlah benar-benar sebuah rumah dalam pengertian yang sebenar. Dindingnya adalah daripada papan lapis yang sudah terlalu uzur dan lama. Malah, sudah pun didiami oleh bubuk kayu. Warnanya sudah kelabu kehitam-hitaman. Atap rumah itu diperbuat daripada anyaman daun rumbia kering yang aku kira sudah bocor di sana-sini. Rumah itu terlalu dhaif. Seorang lelaki berada di muka pintu rumah. Dia sudah lama di situ kerana jalan yang becak dan berlopak-lopak yang masuk ke situ hanya menuju ke rumahnya sahaja. Sudah tentulah dari jauh lagi, dia sudah menyedari kedatangan kami.
Aku memberi salam dan menyebut namanya. Pak Samad termangu-mangu kerana aku mengenali namanya.
Cikgu azmi : Assalmualaikum Pak Samad, saya Cikgu Azmi, guru kelas Faizah dan ini Cikgu Hilwana
Pak samad : Oh..Cikgu, Faizah selalu bercerita tentang cikgu.
Ketika kami naik ke atas rumah, ruang tengah rumah itu hanya berbilik satu. Itu pun bilik yang dibentuk oleh kain yang sudah uzur dan berlubang di sana sini. Rumah itu hanya berpelita minyak tanah, tidak ada kemudahan elektrik. Aku terkedu dalam negara sibuk membincangkan Wawasan 2020, masih ada rumah tidak dilengkapi kemudahan asas itu. Aku memulakan bicara.
Cikgu Azmi : Saya datang, nak berbincang mengenai Faizah
Pak samad : Maaflah cikgu, saya terpaksa berhentikan Faizah, adik-adiknya ramai lagi, dengan tulang empat kerat ni, saya tak berdaya nak menyekolahkan Faizah.
Sedang Aku asyik memujuk Pak Samad, terdengar bunyi cawan bertingkah di dapur. Barangkali Faizah dan adiknya sibuk di dapur. Tidak lama kemudian, Faizah keluar dari balik tabir menantang dulang. Dia menghidangkan air teh. Aku menyambutnya dengan cermat.
Faizah : Maaflah cikgu, teh kosong saja. Silakan cikgu."
Cikgu Azmi : Saya sanggup dahulukan wang saya untuk yuran SPM Faizah."
Kata-kata Aku itu membuatkan Pak Samad tersentak. Wajahnya mula berubah menjadi tegang. Dia tampak kurang senang apabila aku menimbulkan soal wang itu. Lalu ia bangun dan mundar mandir di ruang tamu tersebut, dengan hati yang tenang, Pak Samad menceritakan kisah yang selama ini dipendam.
Pak samad :Saya bukan apa cikgu, cukupla hanya Faizah sekolah menengah sahaja, bolehla nanti Faizah kerja kilang. Dua orang kakanya…….terpaksa saya kahwinkan kerana terhutang budi,cikgu……..kerana menerima budi orang lain dan tidak dapat membalas budi tersebut, mereka meminta anak-anak saya. Dua orang kakaknya sudah hilang daripada keluarga kami. Hilang dan tak akan kembali. Saya tidak mahu peristiwa itu berulang lagi pada Faizah. Biarlah dia begitu daripada…"
Cikgu Azmi : Pak cik meragui keikhlasan saya??? Saya mengambil berat atas dasar saya gurunya dan Faizah pelajar saya. Kerana, Faizah mempunyai potensi untuk cemerlang. Malangnya, Faizah tidak berkemampuan. Sebab itulah saya melebihkan tumpuan kepada Faizah. Pelajar saya yang lain juga berpotensi, tetapi mereka mampu mendapatkan kemudahan. Tidak Faizah.
Pak Samad hilang kata-kata. Barangkali, dia terkedu dengan keraguannya sendiri. Dia cuba berkata sesuatu tapi tidak dilafazkan . Pak Samad kelihatan mengendur. Aku mengesan keraguannya semakin terhakis. Dia menatap wajah Faizah, bagaikan melihat kesayuan yang ada pada anaknya itu.
Cikgu Azmi : Biarlah, buat sementara waktu ini, andainya Pak Samad tidak keberatan, kami berdua sudi menanggung perbelanjaan Faizah, sehingga Faizah melanjutkan pengajiannya di universiti. Di universiti nanti, pak samad tak perlu risau kerana sudah disediakan kemudahan pinjaman wang bagi Faizah.
Pak Samad terdiam seketika, dalam keadaan yang serba salah, beliau terangguk kecil
Ketika keadaan kembali tenang, Aku dan Cikgu Hilwana meminta untuk pulang, dengan waktu yang sudah lewat, tidak manis baginya membawa Cikgu Hilwana pada waktu itu. Sebelum beredar, Aku sempat mengatakan sesuatu kepada Faizah.
Cikgu Azmi : Surat berhenti yang Faizah serahkan kepada pengetua ada di tangan saya. Kalau Faizah ke sekolah esok, dan saya berharap benar-benar Faizah ke sekolah esok, maka surat itu saya akan lupuskan. Fikirkan la.
Cikgu Hilwana: Saya harap, kamu dapat meneruskan pelajaran kamu. Fikirkanla ya.
Masing masing bersalaman dan Pak Samad mengucapkan ribuan terima kasih diatas keperihatinan yang diberikan Cikgu kepada anaknya. Sewaktu perjalanan pulang, Aku tersenyum gembira tanda kemenangan dalam memartabatkan anak bangsanya sendiri, sambil diperhatikan oleh Cikgu Halwana
Pada hari ini, segalanya terbukti sudah, segalanya terungkai dengan pengorbanan dan panduan kata kata yang keramat. Hari ini, Faizah bakal bergelar graduan, dengan berkat kesungguhannya selama ini, akhirnya membuahkan hasil. Suara pengerusi majlis bergema :
“Kepujian kelas pertama, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Program Pendidikan Islam, Faizah binti Abdul Samad.”
Didalam hati, aku berbicara
Cikgu Azmi : Hari ini, Faizah sudah bergelar graduan. Aku terngiang-ngiang kata-kata ibu, "Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikan untuk mendapatkan wang."
Aku duduk di kerusi tersenyum. Barangkali kata ibu benar, tetapi nyatalah aku membuktikan bahawa manusia juga memerlukan budi untuk mendapatkan pendidikan! Aku meraih tangan isteriku, Hilwana. Isteri yang aku perolehi sewaktu aku cuba memberikan budi dengan ikhlas kepada Faizah. Barangkali, Cikgu Hilwana adalah hadiah yang paling awal aku terima sebelum aku sempat menghulurkan pengorbanan kepada Faizah.
gmbar yg digunakan tuk jayakan dekon sbjek
kepada tuan punyer skrip,kami hanya pinjamkan ia,tapi,kisah ini memang terkesan dihati sesiapa yg melihat..sayu digmbarkan dengan dialog dn suasananya..
0 comments:
Post a Comment