Monday, December 14, 2009

Kemarau Vs Hujan

Nampaknya kemarau yang dikatakan selama ini bakal bertukar hujan,masakan tidak penantian selama ini diimpikan,diidamkan dimimpikan oleh semua pihak bakal berakhir dengan baek malah akan menjadi satu sejarah untuk semua pihak yang terlibat

Siaran langsung yang mungkin ditonton hampir suku rakyat malaysia,menyaksikan perlawanan separuh akhir Malaysia bertemu dengan Laos berakhir dengan tidur yang oleh oelh semua yang melihat. dengan hentaman 3 berbalas 1 sudah cukup mengembirakan semua pihak, secara langsung melayakkan Malaysia beraksi dan meneruskan sasaran yang dikatakan sebelum berkangkat beradu tenaga di sukan laos sesi ini. 3 mata yang diperolehi dengan baik itu menjadikan perjuanagan pasukan bola sepak lelaki tidak akan terkubur malah boleh beraksi pada sukan sukan luar pada sesi akan datang sebagaimana yang tidak diberikan oleh pasukan perempuan yang hampir menjadi bahan satapan permainan oleh pasukan wanita negara yang lain.

20 tahun bukan satu jangka masa yang lama,perlbagai cara,teknik juga gaya diberikan dalam memberikan Malaysia kembali merampas emas yang dulu menjadi hak mutlak sendiri. Saban tahun pasukan bola sepak dihantar untuk beradu tenaga dalam merealitikan 20 tahun itu, tapi,hampa,kecewa itulah yang dibawa pulang,walaubagaimanapun, semua itu usah difikirkan lagi,kerana kemarau itu tidak akan berulang, penantian itu sudah ada didepan mata semua yang melihat, penonton jadi saksi,stadium itu sebagai mahkamah dalam malaysia beradu tenaga di peringkat akhir. Bolos saja gawang diorang..

Medan akhir membabitkan sekali lagi Malaysia bertemu, berebut oadang dengan vietnam biarpun dulu pernah sepadang dan padang itu tidak menjadi hak kita,tapi, dengan pertemuan sekali lagi, jadikan padang itu milik kita biarpun hakikatnya kita orang luar. Pusingkan sahaja mata pada perlawanan yang lepas,pusingkan saja rentak perlawanan yang dulu,pusingkan saja minda yang dulu,kita akan juara, lepas sebagai skrin tontonan, akan datang medan tatapan sepanjang hayat...

Gud luck Malaysia........

0 comments:

Post a Comment